Obama sokong Hillary

Obama sokong Hillary

WASHINGTON, 10 Jun – Barack Obama menyatakan sokongan kepada bekas seterunya, Hillary Clinton, untuk menggantikannya, sekali gus memberi petunjuk kepada ahli Demokrat bahawa tiba masanya bersatu bagi mengalahkan calon Republikan, Donald Trump.

“Puluhan juta rakyat Amerika sudah bersuara. Hari ini saya pula mahu bersuara. Saya bersama-samanya,” kata Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dalam video. Acara kempen bersama pertama mereka akan diadakan di Green Bay, Wisconsin pada 15 Jun ini.

Obama menang pada pilihan raya 2008 dan 2012, tetapi Demokrat menjangkakan persaingan sengit tahun ini. Sokongan Obama, walaupun sudah lama dijangka, memberi suntikan positif bagi kempen Clinton.

Clinton bergelut selama setahun menentang pencabarnya, Bernie Sanders. Tokoh berusia 74 tahun itu melancarkan kempen akar umbi yang berkembang mendapat sokongan 12 juta penduduk.

Clinton secara rasmi meraih pencalonan beberapa hari lalu, mendorong Obama menunjukkan sokongannya. “Saya tidak rasa ada orang lain lebih layak untuk jawatan itu,” kata Obama.

Gambar fail 4 Jun 2009 menunjukkan Obama (kanan) melihat sekitar Masjid Sultan Hassan di Kaherah, Mesir bersama Hillary Clinton yang menjadi setiausaha AS ketika itu. Obama secara rasmi menyokong Clinton untuk menggantikannya bagi mengalahkan Donald Trump. – AP
Gambar fail 4 Jun 2009 menunjukkan Obama (kanan) melihat sekitar Masjid Sultan Hassan di Kaherah, Mesir bersama Hillary Clinton yang menjadi setiausaha AS ketika itu. Obama secara rasmi menyokong Clinton untuk menggantikannya bagi mengalahkan Donald Trump. – AP

Clinton mengalu-alukan undian keyakinan: “Gembira kerana anda bersama saya, @ POTUS saya bersemangat dan bersedia!” katanya dalam akaun Twitter, mengulangi antara laungan kempen Obama pada 2008.

Obama merupakan salah seorang daripada ahli-ahli politik yang paling popular di negara ini dalam kalangan pengundi kulit hitam, Sepanyol, golongan muda dan liberal.

Pada peringkat pertama, Obama mengalahkan Clinton dan akhirnya menjadi presiden kulit hitam pertama.

Mereka kemudiannya berdamai dan Clinton dilantik menjadi setiausaha pertama negara.

Clinton yang berusia 68 tahun itu kini cuba untuk membuat sejarah sendiri dengan menjadi wanita pertama menjadi presiden di Amerika Syarikat.

Satu-satunya halangan beliau adalah ahli perniagaan mulut celupar Trump. Beliau telah mengejutkan dunia apabila menjadi calon Presiden Parti Republikan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA