Obama tak akan minta maaf terhadap pengeboman Hiroshima

Obama tak akan minta maaf terhadap pengeboman Hiroshima

TOKYO, 23 Mei (AFP) – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tidak akan memohon maaf terhadap pengeboman Hiroshima ketika lawatan ke Jepun, minggu ini menurut satu temu bual dengan stesen televisyen kerajaan Jepun, NHK.

Ditanya sama ada permohonan maaf akan diselitkan dalam ucapannya nanti, beliau berkata, “tidak, kerana saya merasakan ketika perang, pemimpin akan membuat segala keputusan.

“Ia tugas ahli sejarah mempersoal dan mengkajinya, tetapi saya sedar sebagai presiden sejak tujuh setengah tahun lalu bahawa setiap pemimpin membuat keputusan sukar terutamanya ketika perang.”

Obama akan menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat melawat Hiroshima, lokasi bom atom pertama digugurkan pada 6 Ogos 1945 yang menyaksikan lebih 140,000 terkorban.

Berpuluh-puluh ribu terbunuh akibat bebola api yang dicetuskan daripada letupan Hiroshima dengan ramai lagi merana akibat kecederaan atau penyakit disebabkan radiasi beberapa minggu, bulan dan tahun kemudiannya. Bandar selatan Nagasaki diserang dengan bom kedua, tiga hari kemudian mengakibatkan 74,000 maut dalam satu langkah serangan terakhir untuk menamatkan Perang Dunia Kedua.

Obama dijangka membuat lawatan ke Jepun minggu ini. Beliau akan melawat Hiroshima selepas menghadiri sidang kemuncak Kumpulan Tujuh yang dianjurkan oleh Jepun.

“Tujuan saya adalah untuk tidak hanya melihat semula masa lalu, tetapi untuk mengesahkan bahawa orang yang tidak bersalah yang telah mati dalam peperangan, dalam segala aspek, bahawa kita harus melakukan semua yang kita mampu untuk meningkatkan keamanan dan membuat dialog di seluruh dunia, serta terus berusaha untuk menjadikan dunia tanpa senjata nuklear, “kata Obama dalam satu temu bual dengan NHK, yang disiarkan pada ahad lalu.

ARTIKEL YANG SAMA