Obama tiba di Argentina

Obama tiba di Argentina

BUENOS AIRES, 23 Mac (Reuters) – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba di Argentina hari ini untuk membetulkan semula hubungan diplomatik dan memperkukuh hubungan perdagangan dengan sebuah negara yang membentuk sebahagian daripada blok sayap kiri Amerika Selatan sehingga Presiden Mauricio Macri berkuasa pada Disember.

Lawatan dua hari Obama menandakan pemulihan setelah hubungan yang dingin bertahun-tahun lamanya dan merupakan satu petanda sokongan untuk pembaharuan Macri dengan tujuan membuka ekonomi ketiga terbesar Latin Amerika.

Obama dan keluarganya mendarat di Buenos Aires sejurus selepas 1 pagi dan disambut oleh menteri luar Argentina, Susana Malcorra, sebelum dibawa pergi ke kediaman duta AS.

Pemimpin AS itu akan mengadakan rundingan dengan Macri pada pagi ini sebelum persidangan akhbar bersama. Beliau juga akan meletakkan lingkaran bunga di Katedral Metropolitan Buenos Aires, di mana Pope Francis menghadiri Mass, dan bertemu dengan usahawan muda sebelum menghadiri majlis makan malam.

Obama dan Penasihat Keselamatan Negara, Susan E.Rice (kiri) bercakap di telefon bersama Penasihat Keselamatan Dalam Negeri, Lisa Monaco berkaitan serangan di Brussels. Presiden membuat panggilan dari kediaman Ketua Misi AS di Havana, Cuba pada 22 Mac. – Reuters
Obama dan Penasihat Keselamatan Negara, Susan E.Rice (kiri) bercakap di telefon bersama Penasihat Keselamatan Dalam Negeri, Lisa Monaco berkaitan serangan di Brussels. Presiden membuat panggilan dari kediaman Ketua Misi AS di Havana, Cuba pada 22 Mac. – Reuters

Presiden Perancis Francois Hollande dan Perdana Menteri Itali Matteo Renzi juga melawat Argentina baru-baru ini, tidak sabar-sabar untuk berhubung dengan pemimpin Amerika Selatan di mana pemimpin sebelumnya menjalin hubungan lebih erat dengan Venezuela, Iran dan China.

“Adalah bagus Obama mengadakan lawatan. Menjauhi diri kami dalam sistem Chavez bukan caranya,” kata Claudio Mazzakalli, tukang kunci berusia 32 tahun, merujuk kepada bekas presiden sosialis Hugo Chavez.

Dalam tempoh 100 hari pertama menjadi presiden, Macri membatalkan kawalan modal dan perdagangan, mengurangkan subsidi dan mencapai perjanjian hutang dengan pemiutang di Amerika Syarikat. Pegawai AS berkata Obama berasa kagum dengan kadar pembaharuan.