Obama ‘tidak yakin’ dengan masa depan Syria

Obama ‘tidak yakin’ dengan masa depan Syria

DAMSYIK, 21 Nov – Presiden AS Barack Obama berkata beliau ‘tidak yakin’ dengan masa depan Syria, ketika PBB memberi amaran masa semakin suntuk untuk mengelak kemusnahan kemanusiaan di Aleppo yang dilanda serangan udara hampir seminggu.

Pasukan kerajaan melancarkan serangan ganas Selasa lalu untuk menawan semula timur Aleppo yang membunuh 115 orang awam setakat ini. Dalam pertempuran baru semalam kira-kira lapan orang kanak-kanak terbunuh apabila roket pemberontak mengenai sekolah mereka di barat yang dikuasai kerajaan.

Obama memberi amaran bahawa bandar kedua Syria berkemungkinan akan tewas, dan Rusia dan Iran yang menyokong pemimpin Syria Bashar al Assad telah membuatkan situasi tidak dapat dipertahankan oleh pihak pembangkang.

Reaksi penduduk berikutan laporan serangan udara di daerah yang dikuasai pemberontak Aleppo, al-Hamra kelmarin. Barack Obama berkata beliau ‘tidak yakin’ dengan masa depan Syria – AFP
Reaksi penduduk berikutan laporan serangan udara di daerah yang dikuasai pemberontak Aleppo, al-Hamra kelmarin. Barack Obama berkata beliau ‘tidak yakin’ dengan masa depan Syria – AFP

“Saya tidak yakin tentang prospek jangka pendek di Syria,” kata beliau semalam pada sidang mesyuarat para pemimpin Pasifik di Lima. “Sebaik saja Rusia dan Iran membuat keputusan untuk menyokong Assad dalam kempen kejam udara, sangat sukar untuk melihat cara yang mana malah pihak pembangkang yang terlatih dan komited boleh bertahan bagi tempoh yang lama.”

“Kita kesuntukan waktu, kita mengejar masa,” de Mistura berkata selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Walid Muallem. Muallem berkata dia telah menolak cadangan, yang mana pasukan pejuang berani mati akan pergi dan kerajaan akan mengiktiraf pentadbiran pembangkang di timur yang dibom oleh serangan udara, bom berangkai dan artileri.

Agensi-agensi bantuan bimbang daripada usaha politik atau kemanusiaan akan wujud ‘pertambahan kegiatan tentera’ di timur Aleppo dan di tempat lain, de Mistura memberitahu para wartawan. – AFP