Obama umum langkah perangi ketagihan heroin

Obama umum langkah perangi ketagihan heroin

WASHINGTON, 29 Mac (Reuters) – Presiden AS Barack Obama hari ini mengumumkan langkah-langkah untuk meluaskan rawatan bagi mereka yang ketagih heroin dan preskripsi ubat penahan sakit, menurut Rumah Putih.

Obama akan ke Atlanta untuk menemui para penagih yang dalam pemulihan, anggota keluarga, para profesional perubatan dan para pegawai penguat kuasa undang-undang untuk bercakap tentang epidemik opioid, yang telah menjadi isu dalam kempen pilihan raya presiden 2016.

Pada tahun 2014, bilangan tinggi warga Amerika meninggal dunia akibat pengambilan dos berlebihan dadah, dengan kadar tertinggi dicatatkan di West Virginia, New Mexico, New Hampshire, Kentucky dan Ohio.

Rumah Putih berkata Obama akan mengumumkan pemberian AS$11 juta bagi sehingga 11 buah negeri untuk meluaskan rawatan bantuan perubatan, dan AS$11 juta lagi bagi negeri-negeri untuk membeli dan mengagihkan naloxone, dadah dos berlebihan.

Jabatan Perkhidmatan Manusia dan Kesihatan akan juga mencadangkan peraturan baru bagi buprenorphine, perubatan yang digunakan untuk membantu penagih mengurangkan atau berhenti menggunakan heroin atau ubat penahan sakit.

ARTIKEL YANG SAMA