Obor Olimpik Athens diserahkan kepada Brazil

Obor Olimpik Athens diserahkan kepada Brazil

ATHENS, 28 April – Obor Olimpik yang akan dibakar di Rio pada Ogos bagi temasya pertama di Amerika Selatan diserahkan kepada Brazil semalam di stadium marmar yang menjadi tuan rumah sukan moden pertama pada 1896.

Selepas enam hari dibawa melalui Greece, obor yang dihidupkan Khamis lalu oleh cahaya matahari di tempat lahirnya sukan itu di Ancient Olympia diserahkan kepada penganjur Brazil.

Selepas singgah di muzium Acropolis, ia melalui jalan raya bandaraya ini sebelum dibawa ke stadium – yang dibina pada 330 sebelum masihi – oleh pemenang pingat acara lompat tinggi Olimpik Greece, Niki Bakoyianni.

Selepas diarak di dalam stadium, juara acara mendayung Katerina Nikolairou menghidupkan kawah keemasan dikelilingi pendeta yang memakai jubah dan pengunjung bersorak kegembiraan.

“Kami … berjanji (akan) memberikan temasya yang hebat,” kata ketua temasya Olimpik Rio, Nuzman pada majlis berkenaan.

Ketika penyerahan obor itu dilangsungkan. – AFP
Ketika penyerahan obor itu dilangsungkan. – AFP

Rio de Janeiro akan menjadi tuan rumah Olimpik Musim Panas bermula 5-21 Ogos ini, namun persiapan mereka terganggu dengan kemelesetan ekonomi terburuk dalam tempoh sedekad dan perhatian terganggu oleh masalah politik. – Agensi