Obor Olimpik Rio dinyalakan 12 April

Obor Olimpik Rio dinyalakan 12 April

pg21_150803_c

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Reuters) – Obor temasya Sukan Olimpik Rio 2016 akan dinyalakan di Olympia, Greece pada 12 April tahun depan, sebelum ia dihantar ke Amerika Selatan 12 hari selepas itu, menurut penganjur di sini, sebentar tadi.

Obor temasya itu dijadual tiba di Brazil pada 3 Mei, bagi memulakan larian berganti-ganti 10 hari merentasi negara itu, menurut Pengarah Komunikasi Rio 2016, Mario Andrada.

Beliau memaklumkan perkembangan itu kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) dalam pembentangan perkembangan temasya berkenaan di sini.

Penganjur Rio 2016 sebelum ini mengumumkan obor berkenaan akan dibawa lari oleh 12,000 pelari dengan melalui 500 bandar, pekan dan kampung, tatkala Rio de Janeiro bersiap untuk muncul sebagai bandaraya pertama di Amerika Selatan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik musim panas.

ARTIKEL YANG SAMA