Obor Olimpik tiba di Brazil

Obor Olimpik tiba di Brazil

RIO DE JANEIRO, 3 Mei (AP) – Obor Olimpik sampai di Brazil hari ini, bagi larian obor di seluruh negara itu yang akan berakhir di Stadium Maracana apabila bermulanya temasya pada 5 Ogos ini.

Carlos Nuzman, ketua jawatankuasa penganjur Rio, akan membawa obor itu dari Geneva pada hari ini.

Presiden, Dilma Rousseff akan menerima obor itu di Istana Presiden Planalto, bagi menandakan permulaan larian obor di seluruh negara.

Pembawa obor pertama yang dipilih adalah Fabiana Claudino, yang mengetuai pasukan bola tampar wanita Brazil untuk memenangi emas pada temasya 2008 dan 2012, serta kapten pasukan sekarang.

Dia akan disusuli dengan pakar matematik Brazil, Artur Avila Cordeiro de Melo.

Carlos bergambar bersama obor semasa menyambut Majlis Obor Olimpik di Muzium Olimpik, di Lausanne, Switzerland. - AP
Carlos bergambar bersama obor semasa menyambut Majlis Obor Olimpik di Muzium Olimpik, di Lausanne, Switzerland. – AP

Setiap pembawa obor akan berlari sejauh 200 meter dalam larian berganti-ganti membabitkan 329 bandar dan 12,000 pembawa obor.

Antara 10 pembawa obor adalah Hanan Khaled Daqqah yang juga pelarian Syria berumur 12 tahun.

Naib Presiden Michel Temer akan mengambil alih sebagai presiden dan dijangka merasmikan pembukaan Sukan Olimpik dalam tempoh tiga bulan lagi.

Bekas ketua keselamatan awam, Kolonel Jose Vicente da Silva ketika memberitahu kepada The Associated Press bahawa peristiwa itu mungkin menjadi sasaran bagi penunjuk perasaan.

Brazil sebelum ini mengalami pelbagai kesan negatif, diburukkan lagi oleh pelbagai siasatan rasuah yang telah menyentuh kebanyakan ahli-ahli politik berpengaruh di Brazil.

“Di mana sahaja obor berada, akan terdapat kamera di atasnya,” kata Silva. “Akan ada kain rentang bagi atau terhadap Presiden Rousseff. Terdapat peluang protes besar-besaran semasa larian obor itu,” katanya lagi.

Pegawai-pegawai bagi negeri Rio de Janeiro berkata badan kerajaan yang pada dasarnya ‘berpecah’, menutup sekolah-sekolah dan hospital, dan melambatkan pembayaran pencen.

Sementara itu, Brazil membelanjakan kira-kira $ 10-12 bilion untuk persiapan menghadapi Sukan Olimpik.

ARTIKEL YANG SAMA