Oculus kini lebih mantap

Oculus kini lebih mantap

LOS ANGELES, 18 Jun (AFP) – Di sebalik tabir ruang pameran persembahan permainan video perdana dunia, Oculus, milik Facebook membenarkan orang ramai menyentuh dunia maya.

Oculus menyediakan beberapa pilihan dengan sepintas lalu melihat bagaimana ia cuba menangani cabaran membenarkan orang ramai berinteraksi mengikut gerak hati dengan objek-objek tiruan dalam dunia fantasi.

Pengawal prototaip Oculus Touch Half Moon yang boleh dipegang semudahnya memegang pistol memberikan kawalan dalam dunia kepada mereka yang memakai peralatan kepala realiti sebenar Rift syarikat itu.

Perkataan seperti “mengagumkan” dan “hebat” lahir daripada mereka yang asyik dalam dunia maya yang mana pengawal Touch membolehkan mereka bermain pingpong, meledakkan bunga api, sasaran letupan dengan senapang dan malah robot.

Wawasan ialah, orang ramai mungkin terpisah dari benua-benua di dunia sebenar tetapi bermain dalam permainan seperti bola tali bersamasama dalam penetapan sebenarnya.

Sekumpulan orang ramai diberikan peluang menggunakan Oculus. – AFP
Sekumpulan orang ramai diberikan peluang menggunakan Oculus. – AFP

Kesan adalah sebenarnya yang mana didorong oleh naluri untuk berhenti tiba tiba kerana takut berlanggar ke atas meja atau untuk mencekau untuk menangkap mainan yang jatuh atau bola pingpong.

“Dalam realiti sebenar, anda akan mendapati diri anda mengingatkan otak anda bahawa ini bukan sebenarnya,” ketua eksekutif Oculus, Brendan Iribe berkata minggu lalu ketika satu majlis media di San Francisco yang mana versi sedia pasaran Rift telah didedahkan.

“Ia adalah perubahan paradigma.”

Pada satu tahap dalam demonstrasi, adegan berubah kepada angkasa lepas dan segala-galanya terapung yang kelihatannya ketiadaan graviti. Selepas kembali ke bumi, ledakan sinar mengubah seseorang itu menjadi kecil.