Oculus lancarkan landak VR

Oculus lancarkan landak VR

BEVERLY HILLS, Calif, 29 Julai (Reuters) – Di sebuah kediaman Beverly Hills semalam, Oculus yang dimiliki Facebook mengeluarkan “Henry”, sebuah filem yang mengambil kesempatan dari teknologi realiti maya (VR) untuk menceritakan kisah landak kecil yang suka dipeluk.

Usaha syarikat itu untuk memikat pengeluar-pengeluar filem untuk menggunakan teknologi dan menghasilkan kandungan yang menarik minat para pengguna kepada Rift, fon kepala realiti sebenarnya.

Oculus tidak merancang menjual “Henry”, filem kedua dari divisyen filemnya, Story Studios, yang menggaji jurutera permainan video dan bekas juruanimasi Pixar. Ia adalah sebahagian dari lima filem animasi pendek yang akan dibuat tahun depan.

Filem-filem itu menggunakan teknologi VR untuk memukau para penonton dalam kisah ini. Dalam “Henry” para penonton mengenakan fon kepala untuk dengan secara maya memasuki rumah pokok yang mana mereka boleh melihat di sekeliling persekitaran 360 darjah dan duduk di tepi meja ketika Henry meraikan ulang tahunnya.

“Buat masa ini kami tidak ada rancangan meraih keuntungan wang dari Story Studios. Ia hanya untuk mengembangkan bahan eksperimen,” pengasas Oculus Palmer Luckey memberitahu Reuters dalam satu temu bual.

Sebuah video VR yang mengisahkan seekora landak bernama ‘Henry’ dilancarkan. – Reuters
Sebuah video VR yang mengisahkan seekora landak bernama ‘Henry’ dilancarkan. – Reuters

Hollywood sedang mendebatkan sama ada realiti sebenar akan menjadi laris dan bagaimana para penerbit akan meraih keuntungan dari teknologi. Pengarah-pengarah yang pernah memenangi anugerah seperti Guillermo del Toro dan juga Wait Disney Co’s LucasFilem, sedang menguji platform itu.

Tetapi Netflix, salah satu pembeli kandungan terbesar Hollywood, tidak terburu-buru, ketua pegawai kandungan Ted Sarandos memberitahu Reuters.

“Kami bersikap terbuka dan mencari perkara berbeza,” ujarnya, “tetapi tidak ada apa yang telah menggerakkan kami.” Ketua pegawai operasi Oculus Laird Malamed mengakui teknologi itu dalam peringkat awal, namun dia yakin dengan potensinya. Pengeluar filem akan “melihat bahawa VR adalah tempat bagi mereka untuk membawa idea-idea kreatif hebatnya dan dibawakan kepada orang ramai,” katanya lagi.

Oculus akan menyediakan “Henry” dan “Lost” filem sulungnya tentang haiwan mekanikal yang hidup di hutan, percuma bagi pelanggan Rift tahun depan, kata Luckey.

ARTIKEL YANG SAMA