Ogbonna musnahkan impian Liverpool

Ogbonna musnahkan impian Liverpool

LONDON, 10 Feb – Angelo Ogbonna menjaringkan gol pada masa tambahan bagi West Ham United mengejutkan Liverpool 2-1 dalam pusingan keempat Piala FA di Upton Park, awal pagi tadi.

Sepakan percuma pemain Liverpool, Philippe Coutinho berjaya mengikat keputusan seri 1-1 selepas Michail Antonio memberi gol pembukaan buat West Ham dan pasukan itu menambah jaringan apabila Dimitri Payet melakukan sepakan percuma ke kotak dan memberi peluang Ogbonna menanduk ke gawang.

Ia adalah gol pertama pertahanan dari Itali itu sejak berpindah dari Juventus tahun lalu dan ia memberi pasukan Slaven Bilic meneruskan saingan menentang Blackburn Rovers dalam pusingan kelima.

“Saya boleh menggambarkan perasaan saya, dan saya juga tidak boleh lakukan pada masa yang sama,” kata Bilic.

“Ia adalah hebat, bagi saya ia adalah permainan bola sepak yang sangat hebat. Ia adalah pertembungan klasik Piala FA.”

Ogbonna meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas berjaya menjaringkan gol kedua West Ham. – Reuters
Ogbonna meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas berjaya menjaringkan gol kedua West Ham. – Reuters

Ia akan menjadi sejarah permainan terhebat West Ham. “Gol itu menjadi penamat yang sempurna dalam permainannya (Ogbonna).” Dia adalah pertahanan yang menakjubkan.

“West Ham tidak pernah menewaskan Liverpool dalam Piala FA tetapi mereka sudah menewaskan lawan itu sebanyak dua kali dalam saingan liga musim ini dengan seri 0-0 pada perlawanan pertama Piala FA.

Kembali ke padang selepas menjalani pembedahan membuang apendiks, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyaksikan pemain mudanya mengasak West Ham sehingga penamat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA