OGDC anjur kegiatan musim cuti persekolahan

OGDC anjur kegiatan musim cuti persekolahan

KUALA BELAIT, 26 Jun – Sempena musim cuti persekolahan ini, Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) akan menawarkan kegiatan musim percutian sekolah yang menarik iaitu ‘Cool Fun Science’ yang akan berlangsung pada 26 Jun hingga 2 Julai ini di OGDC.

Dengan bayaran $4 seorang untuk setiap kemasukan, para peserta akan dapat menyertai kegiatan percutian sekolah itu dan memasuki dewan pameran OGDC secara percuma.

Dengan kegiatan bertema Matematik ini, ia akan dapat meningkatkan lagi minat dan rasa ingin tahu para peserta pada Matematik seperti kegiatan Matematik metal, pengiraan pecahan, kerja nombor negatif dan banyak lagi.

Menerusi kegiatan ini juga, para peserta akan dapat bergaul dan mengeratkan silaturahim bersama rakan baru yang lain.

Program ‘Cool Fun Science’ ini bertujuan untuk memperbaiki pengiraan dan kemahiran menyelesaikan masalah kepada para peserta di samping memahami wujudnya gabungan yang jelas antara Matematik, Sains dan Seni.

Pendaftaran ‘Cool Fun Science’ kini dibuka dan boleh dibuat di laman sesawang OGDC www.ogdcbrunei.com, oleh itu bagi keterangan lanjut mengenai program tersebut, para peserta yang berminat bolehlah menghantar e-mel kepada info@ogdcbrunei.com atau hubungi 3377200.

ARTIKEL YANG SAMA