OGDC anjur pertandingan Sains April ini

OGDC anjur pertandingan Sains April ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Menurut kenyataan akbar dari Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) bahawa pihaknya akan menganjurkan pertandingan Persembahan Sains pada April ini. Sebagai persiapan ke arah pertandingan tersebut, OGDC baru-baru ini telah mengadakan bengkel persembahan Sains bagi pelajar-pelajar sekolah, yang dianjurkan oleh komunikator sains OGDC.

Bengkel tersebut bertujuan adalah bagi membiasakan peserta mengenai teknik dan garis panduan bagi menghasilkan persembahan sains yang baik. Ia melibatkan demonstrasi secara langsung yang dilakukan oleh komunikator sains OGDC yang mana telah menayangkan dengan kepelbagaian uji kaji sains yang berlainan, serta mendidik mereka tentang cara-cara penyampaian yang baik.

Pusingan peringakat awal bagi pertandingan itu akan bermula pada 5 dan 6 April ini bagi kumpulan dari kesemua empat-empat daerah. Proses menyenarai pendek pemilihan calon peserta akan bermula mulai tarikh berkenaan sebelum pemilihan pusingan separuh akhir.

Perjumpaan langsung pelajar bersama komunikator sains OGDC.
Perjumpaan langsung pelajar bersama komunikator sains OGDC.

Pelajar dan juga penggemar persembahan sains boleh mengikuti akaun instagram @OGDCbrunei bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai pertandingan tersebut, dan juga mengundi peserta-peserta yang terlibat dalam pertandingan tersebut itu nanti.

Tarikh tutup bagi pendaftaran pertandingan telah dilaratkan sehingga 26 Mac 2016. Bagi sebarang maklumat atau pertanyaan mengenai pertandingan persembahan sains itu, pemohon yang berminat bolehlah menghubungi menerusi e-mel info@ogdcbrunei.com atau menelefon 3377200.

ARTIKEL YANG SAMA