OGDC ditutup hari ini

OGDC ditutup hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) memaklumkan bahawa pusat berkenaan akan ditutup kepada kunjungan awam esok (29 Ogos).

Penutupan ini adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik yang akan dijalankan di kawasan berdekatan pusat berkenaan, yang akan menjejaskan bekalan tenaga ke seluruh pusat tersebut. Operasi akan disambung seperti biasa pada 30 Ogos.

Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 3377200 atau menghantar e-mel ke alamat info@ogdcbrunei.com.

ARTIKEL YANG SAMA