OGDC ditutup sementara

OGDC ditutup sementara

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa pusat tersebut akan ditutup buat sementara waktu bermula esok (1 Oktober) hingga 11 Oktober ini.

Menurut kenyataan OGDC, di sini, penutupan tersebut adalah bagi memberi laluan kepada kerja menaiktarafkan kuasa elektrik dan pemasangan ruang pameran baru Karnival Sains OGDC.

Pusat tersebut akan dibuka semula seperti biasa pada 12 Oktober.

Bagi sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian 3377200 atau hantar terus e-mel ke info@ogdcbrunei.com