OGDC perkenal pameran baru ‘Mathamazing’

OGDC perkenal pameran baru ‘Mathamazing’

BELAIT, 3 Mei – Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) akan memperkenalkan pameran barunya yang dipanggil ‘Mathamazing’. Pameran akan bermula dari 7 Mei di OGDC yang menjanjikan pengalaman menarik dan interaktif, dicipta oleh Questacon – Pusat Sains dan Teknologi National di Canberra. Pameran tersebut di sokong kuat oleh Kementerian Pendidikan.

Oleh itu, Pusat OGDC ingin menjemput orang ramai untuk mengalami pameran Matematik yang menarik. Melalui Mathamazing, ia akan memberikan suasana pembelajaran kira-kira yang menyeronokkan dan interaktif yang boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara yang terdapat pada pemeran itu adalah pelawat boleh menggunakan suis mudah untuk belajar nombor binari, penggunaan sudut (angles) dan trigonometri bagi mengukur jarak, atau menerokai statistik dengan memasukkan warna rambut, umur, atau mengenal perasaan haiwan kesayangan mereka.

Lawatan dari sekolah-sekolah juga dialu-alukan dengan membuat tempahan awal bagi merasai pengalaman dan pembelajaran yang bertemakan Matematik.

Antara yang terdapat dalam pameran ‘Mathamazing’ itu nanti.
Antara yang terdapat dalam pameran ‘Mathamazing’ itu nanti.

Pameran ini boleh menjadi sebagai alat untuk pengajaran Matematik terutamanya bagi pelajar dari tahap rendah dan menengah. Objektif daripada pameran ini juga adalah untuk menyokong program mengenal angka (numeracy) Kementerian Pendidikan.

Pelancaran rasmi bagi pameran itu akan diadakan pada 7 Mei 2016 dan orang ramai adalah dialu-alukan hadir ke acara tersebut.

Pusat itu akan dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 4 petang dan tiket boleh dibeli di kaunter OGDC. Bagi lawatan atau pertanyaan pameran, anda boleh menghubungi kaunter resepsi OGDC di 3377200 atau melalui e-mel info@ogdcbrunei.com.

ARTIKEL YANG SAMA