OGH tawar promosi bufet

OGH tawar promosi bufet

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Goldiana Cafe di Hotel Orchid Garden (OGH) menyambut Tahun Baru 2016 dengan promosi makanan sepanjang tahun dengan bufet makan malam setiap Jumaat dan Sabtu.

Bagi memulakan barisan bufet, cef-cef menyediakan dua jenis sup timur dan barat untuk dijadikan pilihan serta pelbagai salad yang terdiri daripada hidangan salad segar dan popular.

Manakala itu, hidangan utamanya pula merangkumi 10 jenis pilihan yang kebanyakannya sangat popular dihidangkan di kafe berkenaan.

Antara menu hidangan utama termasuk Sambal Kerang, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak, Sayap Ayam Goreng Berisi dan pelbagai makanan laut serta daging dengan pilihan berbeza setiap minggu.

Antara hidangan pencuci mulut dalam bufet itu.
Antara hidangan pencuci mulut dalam bufet itu.

Kuih-kuih Melayu tempatan juga dihidangkan pada bufet tersebut bersama pelbagai jenis kek popular dan buah-buahan segar serta sudut kacang ais buatan sendiri sebagai pencuci mulut.

Selain itu, atas permintaan baik daripada promosi bilik hujung minggu, hotel tersebut juga melanjutkan promosi berkenaan dengan menawarkan sarapan percuma untuk dua orang serta WiFi percuma di bilik dan kawasan hotel yang hanya sah untuk pelanggan yang mendaftar masuk pada Jumaat dan Sabtu sahaja.