Ohsumi menang Anugerah Nobel Medicine

Ohsumi menang Anugerah Nobel Medicine

STOCKHOLM, 3 Okt – Yoshinori Ohsumi hari ini memenangi anugerah Nobel Medicine Prize atas kerjanya berkaitan autofagi – satu proses di mana sel-sel ‘memakan sesama sendiri’ – yang mana apabila terganggu ia boleh mengakibatkan diabetes dan penyakit parkinson.

Autofagi adalah satu proses fundamental dalam fisiologi sel bersama implikasi besar atas kesihatan manusia dan penyakit.

Proses itu penting bagi degradasi teratur dan pengitaran semula bahagian sel yang rosak dan kegagalannya dipercayai bertanggungjawab atas kerosakan sel dan punca penuaan.

Pemerhatian pertama para penyelidik semasa tahun 1960-an yang mana sel itu boleh memusnahkan kandungannya sendiri dengan menakluki dalam membran dan memindahkannya ke kompartmen kitar semula yang digelar lisosom.

“Kesukaran dalam mengkaji fenomena itu bermaksud hanya sedikit sahaja yang diketahui sehingga, dalam siri eksperimen bijak pada awal 1990-an, di mana Yoshinori Ohsumi menggunakan yis pembuat roti untuk mengenal pasti gen penting bagi autofagi.”

Potret pemenang Anugerah Nobel Medicine, Yoshinori Ohsumi dari Jepun dipamerkan semasa sidang media untuk mengumumkan pemenang Anugerah Nobel 2016 bagi Fisiologi atau Perubatan 2016 di Forum Nobel di Stockholm pada 3 Oktober. – AFP
Potret pemenang Anugerah Nobel Medicine, Yoshinori Ohsumi dari Jepun dipamerkan semasa sidang media untuk mengumumkan pemenang Anugerah Nobel 2016 bagi Fisiologi atau Perubatan 2016 di Forum Nobel di Stockholm pada 3 Oktober. – AFP

Beliau kemudian menjelaskan mekanisme lapisan bawah bagi autofagi dalam yis dan menunjukkan serupa dengan jentera sofistikated yang digunakan dalam sel manusia.

Penemuan Ohsumi itu ‘telah membawa kepada paradigma baru dalam pemahaman bagaimana sel itu mengitar semula kandungannya,” kata juri.

“Mutasi dalam gen autofagi boleh menyebabkan penyakit, dan proses autofagi terlibat dalam beberapa keadaan termasuk kanser dan penyakit neurologi,” tambahnya.

Ohsumi, 71, menerima ijazah kedoktoran PhD dari Universiti Tokyo pada 1974. Beliau pada masa ini merupakan profesor di Institut Teknologi Tokyo.

Anugerah itu disertai bersama hadiah wang tunai sebanyak lapan juta kronor Swedish (sekitar AS$936,000 atau 834,000 euro). – AFP