OIC bidas tindakan keganasan Israel

OIC bidas tindakan keganasan Israel

JEDDAH, Arab Saudi, 15 Okt – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Iyad Ameen Madani, menyuarakan bidasan kuatnya terhadap tindakan berterusan pembunuhan orang awam, yang dilakukan oleh tentera Israel, di wilayah-wilayah Palestin yang diduduki, terutamanya di bandar Al-Quds. Begitu juga dengan tindakan pengganas yang dijalankan oleh penduduk pemisah Israel ke atas rakyat Palestin, yang membawa kepada kematian lebih dari 30 orang yang tidak bersalah dan mencederakan lebih beratus yang lain, termasuk wanita dan kanak-kanak, sejak awal bulan ini.

Setiausaha Agung itu membidas tindakan jenayah yang beliau anggap, menunjukkan pelanggaran Persetujuan Geneva IV dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau menyelar keputusan Knesset baru–baru ini dalam membenarkan tentera untuk menembak rakyat Palestin, di bandar Al-Quds yang diduduki, menggambarkan langkah itu sebagai pelindung rasmi dan keluluskan terhdap operasi jenayah, dan pemberian kuasa umum bagi pembunuhan dan penindasan terhadap rakyat Palestin, tanpa sebarang nasihat perundangan atau kemanusiaan.

Beliau mahu pendudukan Israel bertanggungjawab bagi ketegangan yang berlanjutan, kerana dasar segregasi dan jenayah pembunuhan yang meningkatkan ekstremisme, keganasan dan rasis.

Madani menunjukkan bahawa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), meneruskan dengan pelaksaaan resolusi, yang dikeluarkan pada mesyuarat tergempar Menteri- Menteri Luar, yang diadakan awal bulan ini, termasuk tindakan Kumpulan Islam pada peringkat PBB, bagi meminta sesi tergempar Majlis Keselamatan, secepat mungkin, bagi mengkaji semula akibat teruk keadaan itu dan bagi mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi rakyat Palestin.

Beliau menyatakan bahawa Kumpulan Islam di Geneva mahu untuk melakukan tindak pada peringkat Majlis Hak Asasi Kemanusiaan, bagi meminta sesi tergempar, bagi mempertimbangkan mengenai keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel dan kumpulan penduduk ekstrim, dengan focus utama ke atas penindasan yang dihadapi oleh bandar Al Quds/Baitulmaqdis dan Masjid suci Al Aqsa.

Beliau turut meminta bagi penubuhan jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat jenayah Israel ini. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA