Oil Search batal bidaan beli InterOil

Oil Search batal bidaan beli InterOil

SYDNEY, 21 Julai – Syarikat sumber Australia, Oil Search hari ini menarik diri dari satu rancangan untuk membeli pesaingnya InterOil selepas bidaannya diatasi oleh syarikat gergasi AS, ExxonMobil.

Langkah itu membuka jalan bagi firma Amerika untuk memiliki peneroka Papua New Guinea, dengan jangkaan yang PNG akan menjadi kedudukan baik bagi memenuhi permintaan gas cecair asli di Asia beberapa tahun akan datang.

Oil Search bergabung dengan Total Perancis pada Mei untuk membuat tawaran AS$2.2 bilion bagi firma tenaga PNG.

Namun ia dilebihi oleh ‘cadangan lebih tinggi’ dari ExxonMobil, Oil Search mendedahkan pada Isnin, dengan pengarah urusan Peter Botten menambah hari ini ia bukan dalam kepentingan syarikat yang disenaraikan oleh Australia untuk menyerahkan tawaran semakan.

Cadangan ExxonMobil termasuk pembayaran AS$45 sesaham InterOil, dengan meletakkan nilai firma itu pada AS$2.5 bilion. – AFP