Oklahoma Cioty kecundang

Oklahoma Cioty kecundang

OAKLAND, 7 Feb – Golden State Warriors menunjukkan mengapa mereka digambarkan pasukan terbaik dalam NBA yang kemudiannya terjejas dan hampir menjejaskan kemenangan berturut–turut mereka di tempat sendiri.

Pemain pertahanan, Klay Thompson mencatatkan 3 pointer dengan perlawanan berbaki 1:40 ketika Golden Star Warriors mengurang defisit sembilan mata, melepaskan pendahuluan 20 mata dan menyingkirkan Oklahoma Cioty Thunder 116-108 malam semalam di Oracle Arena. “Pada suku ketiga kami beraksi hambar,” kata jurulatih Warriors, Steve Kerr. “Saya rasa kami melepaskan kaki kami dari pedal seketika, melepaskan beberapa posisi, berhenti bergerak dan terjejas. Dan mereka melakukan tugasan yang bagus.”

“Jelas ia adalah pasukan yang menarik. Jadi kami membuka ruang dan mereka memasukinya.”

Thompson menamatkan dengan 18 mata di atas 8 dari 15 lontaran tetapi hanya 1 dari 6 di atas 3 pointer.

Satu–satunya sambungan untuk mendapatkan defisit bagi Thunder (38-14), memberikan Warriors pendahuluan 110-104 dan pada 19 saat selepas pemain penyerang Durant terlepas 3 pointer.

Klay Thompson ketika dalam perlawanan menentang Oklahoma Cioty Thunder – Reuters
Klay Thompson ketika dalam perlawanan menentang Oklahoma Cioty Thunder – Reuters

Pemain pertahanan, Stephen Curry mendahului Warriors dengan 26 mata biarpun kehilangan tujuh dari lapan 3 pointer. Dia menghasilkan 10 dari 25 jaringan pada keseluruhannya dan juga menyerahkan 10 asis.

Durant mendahului Thunder dengan 40 mata dan pemain pertahanan Russell Westbrook menambah 27.

Westbrook juga mencatatkan 12 asis tetapi tidak hampir untuk mencatatkan triple-double seterusnya, menamatkan dengan hanya tiga rebounds.

Sebelum 3 pointer Thompson, pemain tengah Oklahoma City, Enes Kanter mengikat kedudukan 104-104 dengan perlawanan berbakui 3:25 tetapi Warriors (46-4) menamatkan dengan larian 12-4 dan mencatatkan kemenangan ke 41 berturut–turut di lama sendiri mereka.

“Saya rasa kami menamatkannya dengan tepat,” kata pemain penyerang Draymond Green, yang mengisikan dengan sembilan mata, 14 rebound dan enam asis.

“Jelas kehilangan pendahuluan, saya tidak rasa kami melepaskannya, mereka beraksi, yang dijangka dari sebuah pasukan yang bagus seperti itu. Tetapi kami menamatkannya dan ia adalah kuncinya.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA