Olazabal kembali beraksi

Olazabal kembali beraksi

WATFORD, United Kingdom, 13 Okt – Bekas juara Masters, Jose Maria Olazabal (gambar) bersedia untuk kembali ke Jelajah Eropah selepas tidak beraksi selama 18 bulan kerana mengalami kecederaan.

Olzabal akan memulakan pukulan dalam British Masters, yang bermula di The Grove, ke utara London, hari ini, ketika pemain dari Sepanyol itu bertanding buat kali pertama sejak kehilangan cut separuh jalan dalam pertandingan Masters 2015.

Sejak menjadi kapten pasukan Eropah yang mencatatkan kemenangan Piala Ryder 2014, pemain itu, 50, telah beraksi hanya enam pertandingan kerana bergelut dengan arthritis rheumatoid di bahagian saraf.

Tetapi selepas meluangkan lima minggu berlatih di San Sebastian, Sepanyol, Olzabal merasa optimis untuk beraksi dalam empat pusingan.

“Dua minggu lalu, saya telah beraksi enam pusingan di tempat sendiri dan ia hanyalah mengenai pengurusan,” katanya semalam.”

“Jadi ia akan menjadi menarik untuk mendapatkan kembali kad mata dalam poket saya minggu ini, tetapi ia bergantung ke atas jumlah jika ia akan menjadi minggu yang menarik.”

“Saya merasa lebih baik tetapi saya masih tidak 100 peratus cergas. Kesakitan itu tidak begitu teruk sekarang, ketika ia merasakan sedikit sakit dari masa ke semasa, tetapi ia sudah lama.”

“Jadi saya akan beraksi minggu ini dan Portugal Masters minggu ini dan melihat bagaimana kedudukannya.”

Di antara yang pertama menyambut Olazabal dengan pelukan di The Grove adalah Lee Westwood dari England, yang memenangi dua dari tiga pertandingan Piala Ryder pada 2012 ketika Olzabal menjadi kapten di Medinah. – AFP