Old Trafford panik

Old Trafford panik

LONDON, 2 Sept (AFP) – Dalam mendapatkan penyerang Monaco, Anthony Martial yang baru berusia 19 tahun, Manchester United menekankan kedudukannya sebagai gergasi kewangan bola sepak Eropah dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi tidak kurang pula pihak yang memberikan pandangan sebaliknya.

Keputusan United untuk mempertaruhkan pemain yang dilaporkan bernilai 36 juta pound (AS$55.1 juta) dengan hanya 52 perlawanan liga itu mencetuskan rasa tidak percaya kedua-dua negara yang dipisahkan oleh Selat Inggeris itu.

Tabloid British, The Sun menyifatkan juara Inggeris 20 kali itu sebagai ‘MADchester United’ sementara The Times berkata persetujuan itu – rekod dunia untuk seorang pemain remaja – adalah ‘petunjuk terbaru pembelian panik di Old Trafford’.

Di Perancis pula, fokus terarah kepada laporan bahawa bayaran mungkin meningkat kepada 80 juta euro yang akan menjadikan Martial tajuk utama muka depan L’Equipe, ‘Lebih mahal dari Zidane’.

Menurut konsultan kewangan Deloitte, persetujuan itu menjadikan perbelanjaan kelab–kelab kelompok teratas England mencecah rekod baru sehingga 870 juta pound, sekali gus mengatasi rekod jendela perpindahan 835 juta pound tahun lepas.

Anthony Martial (tengah) selepas menghadiri sesi bergambar di Clairefontaine-en-Yvelines semalam, dua hari sebelum aksi persahabatan perancis dan Portugal. – AFP
Anthony Martial (tengah) selepas menghadiri sesi bergambar di Clairefontaine-en-Yvelines semalam, dua hari sebelum aksi persahabatan perancis dan Portugal. – AFP

Dengan pengumuman awal tahun persetujuan hak penyiaran televisyen domestik baru bernilai 5.14 juta pound bagi tempoh 2016 sehingga 2019, kelab–kelab Inggeris telah berbelanja sakan berbanding sebelumnya.

Dan dengan pakej hak TV global baru akan diumumkan awal tahun depan, pakar menjangka pendapatan yang berhubung kait dengan hak melebihi lapan bilion.

“Hari ini adalah hari kelab Inggeris. Tiada kelab Eropah lain yang mencipta pasaran,” kata ejen bola sepak Perancis, Christophe Mongai, dengan pelanggannya Jordan Amavi menyertai Aston Villa dari Nice bulan lalu. “Tidak satu pun dapat bersaing, kecuali lima atau enam kelab terbaik Eropah.”

Dengan ketibaan Martial, Louis van Gaal sekarang sudah menyaksikan wang suku billion pound dibelanjakan sejak menggantikan David Moyes sebagai pengurus pasukan Manchester United tahun lepas.

ARTIKEL YANG SAMA