Oldstars FC benam BOB 4-1

Oldstars FC benam BOB 4-1

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Pasukan Oldstars FC membenam harapan B.O.B untuk membawa pulang tiga mata penuh selepas pasukan berkenaan menewaskan Pasukan BOB dengan jaringan 4-1 di Kompleks Sukan Berakas, hari ini.

Oldstars mula menguasai permainan seawal minit ke-7 apabila Ibrahim Bakar menyumbat gol sulung perlawanan sebelum sekali lagi menggegarkan gawang Pasukan Bob pada minit ke-29 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Gol ketiga Pasukan Oldstars tampil tiga minit kemudian dan kali ini giliran Yugi Shion untuk menembusi gawang gol BOB melalui sepakan penalti sebelum tamat babak pertama perlawanan untuk menjadikan kedudukan 3–0 pada babak pertama .

Uthai Sirilert daripada Oldstars pula mengambil peluang keemasan pada minit ke-54 perlawanan untuk menjadikan kedudukan Oldstars kukuh di hadapan Pasukan BOB sebelum Pasukan itu menyumbat gol sagu hati selang seminit kemudian melalui jaringan Haji Dani.

Sejurus selepas perlawanan itu, pengurus pasukan Oldstars, Mail Tanjong menegaskan rasa berpuasa hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh barisan pemain dan mengharapkan momentum akan berterusan dalam perlumbaan bagi mengejar Piala Presiden DST Persatuan Bola sepak veteran 2016 kali ini.

Antara aksi pada perlawanan tersebut.
Antara aksi pada perlawanan tersebut.

“Sebahagian besar pemain kami tidak beragama Islam dan kami akan menjalankan latihan seperti biasa di sepanjang Ramadhan ini, namun ia bukanlah kelebihan kerana saya yakin pasukan lain akan menjalankan latihan di sepanjang Ramadhan ini sebelum perlawanan disambung semula selepas hari raya Aidilfitri nanti,” ujarnya.

Beliau berasa lega dengan kemenangan hari ini dan sekali gus membolehkan pasukannya menjadi pendahulu kumpulan G untuk menolak kedudukan Mix FT ke tempat kedua dan melayakkan mereka ke peringkat kedua piala Presiden bagi musim ini.

Meskipun berbaki satu perlawanan, Pasukan Rimba Stars perlu bekerja keras untuk menghidupkan semual pelaung mereka dan mengejar Mix FT yang kini berada di kedudukan kedua kumpulan G.

Rimba Stars malam ini turut terlibat dalam perlawanan Piala FA Persatuan Bola Sepak veteran dan mencatatkan kemenangan di Kompleks Sukan Sungai Kebun ke atas pasukan IV FT dengan jaringan 3-1.

Jaringan Rimba Stars dijaringkan oleh Mohd Ali Haji Adi dan Endy Vyzunny Zainuddin, sementara gol tunggal IV FT dijaringkan oleh Shahrini Haji Md Noor.