Olimpik bawa perubahan kepada kawasan pinggir bandar Paris

SAINT-DENIS, Perancis – Perancis menjadi tumpun kerana menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik 2024, namun kawasan pinggir bandar Paris – yang kurang menarik – mengharapkan sesuatu perubahan: tiada apa-apa perubahan dari segi fizikal.

Ini sememangnya adalah Sukan Paris – tetapi sebahagian daripada pertandingan yang hebat akan diadakan di Seine-Saint-Denis, sebuah pinggir bandar pelbagai etnik dengan reputasi yang terkenal dengan keganasan geng dan dadah serta lebih daripada satu perempat hidup di dalam kemiskinan.

Ramai yang berharap bahawa pemandangan suram di utara ibu kota Perancis ini akan berubah secara drastik apabila peruntukan beberapa bilion yang dijanjikan akan ditujukan ke sana bagi pelaburan Olimpik.

“Saya berharap bahawa impak ekonomi, infrastruktur, perumahan akan memberikan manfaat terhadap mereka yang menetap di sana,” kata Nadia Boussa, seorang penduduk tempatan.

Tujuh tahun hidup di dalam tapak bangunan besar, dia mempercayai bahawa “ianya akan menjadi satu penantian yang sangat bermakna.”

Pegawai-pegawai Paris bergambar ramai di hadapan logo Olimpik di plaza Trocadero yang menghadap Menara Eiffel, ketika mereka meraikan kejayaan Perancis untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2024. – AP
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo (kiri), bercakap dengan Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garrett, semasa akhir sesi IOC di Lima, Peru. – AP

Dengan adanya perkampungan Olimpik dan pusat media, enam daripada pertandingan itu akan berlangsung di Seint-Saint-Denis iaitu acara olahraga, renang, polo air, menembak, badminton dan bola tampar.

Stadium kebangsaan Stade de France, pameran Piala Dunia 1998, sudah bertapak di sana dan akan menganjurkan upacara pembukaan dan penutupan beserta dengan acara olahraga.

Pegawai Perancis menegaskan perancangan Seine-St-Denis yang dirancang semasa proses pembidaan, merasa penuh semangat untuk menggembirakan ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang bertekad untuk melihat penganjuran ini akan meninggalkan warisan positif.

Namun, tekanan untuk memberikan manfaat yang kekal kepada penduduk setempat adalah tinggi selepas kritikan bahawa rakyat miskin Athens dan Rio mendapat pulangan yang sedikit untuk perbelanjaan mewah di sana.

Dalam ‘neuf trios’ – ‘93’, iaitu nama lain bagi Seine-St-Denis dan diikuti dengan kod daerahnya – lebih separuh daripada kanak-kanak sekolah tinggi tidak mengetahui cara untuk berenang, menurut pihak berkuasa tempatan.

Terdapat harapan bahawa kolam Olimpik berserta dengan pembinaan dan pengubahsuaian terhadap kemudahan berenang yang lainnya akan membantu mengubahnya. Dan juga terdapatnya rancangan bahawa perkampungan Olimpik dan media akan dijadikan sebagai kawasan mesra alam ‘kawasan kejiranan eko’, dengan memuatkan 3,700 ke 5,000 buah rumah baru selepas Sukan Olimpik itu berlangsung.

Operasi infrastruktur dan pembersihan telah pun dijanjikan selama bertahun-tahun dari kawasan perumahan pinggir bandar sehinggalah kawasan perumahan mewah, tetapi pegawai tempatan menegaskan bahawa kejayaan bidaan tahun 2024 adalah apa yang sebenarnya akan membuatkan semua perkara tersebut dilaksanakan.

Presiden majlis perbandaran wilayah Stephen Troussel mengatakan bahawa Sukan Olimpik ini akan menjadi permulaan kepada pembangunan Seine-St-Denis. Dia membandingkannya dengan perubahan Brooklyn daripada kawasan kemiskinan dan dipenuhi dengan jenayah kepada pusat New York yang begitu cantik dan bergaya.

Tapak bangunan bagi perkampungan Sukan Olimpik di Saint-Denis, sebuah kawasan komuniti di pinggir utara Paris. – AFP

Troussel berharap bukan sahaja untuk memberikan kekayaan kepada masyarakat setempat, tetapi juga merangsang imej penderitaan di pinggir bandar yang rosak akibat hubungannya dengan rusuhan pada tahun 2005 yang melanda Perancis. Ini tidak akan menjadi kali pertama Seine-St-Denis terhutang budi kepada acara sukan bagi pembangunan semula.

Bidaan kejayaan Perancis untuk Piala Dunia 1998 mendorong kepada pelaburan di bandar kelas pekerja Saint-Denis. Sebelum ini lebih dikenali dengan basilica Gothic di mana royalti Perancis dikebumikan, Saint-Denis dipilih untuk stadium kebangsaan yang mana pada hari ini ia dikelilingi oleh daerah perniagaan.

“Tanpa Olimpik, usaha yang dilakukan mungkin memakan masa yang lebih lama,” kata Patrick Braouezec, ketua badan perumahan Plaine Commune.

Dia merasa yakin bahawa Grand Paris Express iaitu binaan tambahan kepada rangkaian metro akan selesai tepat pada masanya sebagai satu contoh bagaimana acara sukan antarabangsa utama boleh memberikan tekanan kepada pihak berkuasa untuk bertindak.

“Ia adalah sesuatu yang sukar bila kami mengetahui bahawa kami perlu memenangi Olimpik agar jalan raya kami dibaiki semula, kabel elekrik kami dipasang dan memerlukan kebenaran untuk membangunkan kejiranan eko,” katanya.

Coquerel menjangkakan satu ‘pertarungan’ untuk memastikan bahawa kesemua kemudahan yang dijanjikan akan direalisasikan dan mereka ‘benar-benar berkhidmat’ untuk penduduk tempatan.

Sudah pasti terdapatnya pengajaran yang didapati daripada penganjuran Sukan Olimpik sebelumnya. Apabila berlakunya pembidaan untuk Olimpik, janji yang dibuat tidak semestinya ditunaikan.

Di Athens, sedikit daripada infrastruktur tersebut telah digunakan semula; di Rio, Taman Olimpik telah ditutup, kolam renang pun telah dikosongkan dan Perkampungan Sukan – yang mana sepatutnya diubah menjadi perumahan mewah masih menantikan pembeli.

Dan di daerah timur London Stratford, di mana perbelanjaan pra-Olimpik telah membawa kepada ledakan pusat membeli-belah yang mewah.

Ramai yang mengadu bahawa pertumbuhan semula bermakna harga rumah semakin meningkat – menyebabkan beberapa penduduk lama untuk berpindah keluar. – AFP