Olimpik: jualan tiket perlahan

Olimpik: jualan tiket perlahan

LOS ANGELES, 10 Mac (AFP) – Jurucakap Rio 2016, Mario Andrada Rabu mengurangkan kepentingan kebimbangan terhadap penjualan tiket yang perlahan, yang berkata dia menjangkakan kebangkitan lewat akan menyaksikan tempat Olimpik musim panas akan penuh pada Ogos.

“Penduduk Brazil adalah pembeli yang lewat,” Andrada memberitahu wartawan pada persidangan media pra sukan Jawatankuasa Olimpik AS di Beverly Hills. “Kadangkala orang ramai merasa gentar. Tidak terdapat masalah, kami akan menjual kesemua tiket.”

Penganjur Sukan di Brazil minggu lalu mendedahkan bahawa kurang dari setengah tiket dijual dengan hanya berbaki lima bulan saja lagi sebelum majlis pembukaan pada 5 Ogos depan.

Ia adalah salah satu kebimbangan bagi penganjur sukan yang sudah berdepan dengan cetusan virus Zika yang dibawa nyamuk dan kebimbangan terhadap air tercemar di tempat–tempat pelayaran di Teluk Guanabara.

Andrada, pengarah komunikasi bagi jawatankuasa penganjuran Rio, menghadapi beberapa persoalan mengenai perkara itu, begitu juga dengan usaha untuk menyiapkan tempat-tempat dan metro baru dengan melalui lebuh raya yang sesak di antara pusat dan barat bandar raya.

“Pada faktanya, dari 44 acara, hanya satu akan ditangguhkan, iaitu litar berbasikal,” katanya.

Andrada mengulangi langkah–langkah yang sedang diambil di Brazil untuk membasmi nyamuk dalam usaha untuk mengurangkan bahaya Zika yang mencetuskan simptom seperti selesema sederhana terhadap kebanyakan orang yang dikaitkan dengan peningkatan dalam kecacatan kelahiran.

Biarpun kritikan oleh para pelayar di seluruh dunia, termasuk bekas pemenang pingat emas luncur air, Lee Laipshan dari Hong Kong, beliau berkata ‘secara total yakin 100 peratus’ di mana tempat itu akan menghoskan ‘persaingan adil tanpa risiko kepada kesihatan atlet.’

ARTIKEL YANG SAMA