Olimpik keutamaan Neymar

Olimpik keutamaan Neymar

MADRID, 9 Mac (AFP) – Jurulatih Brazil, Dunga menegaskan dia akan memilih bintang penyerang Barcelona Neymar untuk beraksi pada Sukan Olimpik Rio Ogos depan berbanding Copa America di Amerika Syarikat Jun ini jika pemain itu cergas untuk bermain dalam satu kejohanan musim panas ini.

Jadual musim panas Neymar menjadi perdebatan apabila penyerang Brazil itu bertekad untuk beraksi dalam kejohanan Copa America pada Jun dan Olimpik pada Ogos.

Satu-satunya trofi yang masih belum dimenangi Brazil dalam sukan bola sepak adalah pingat emas temasya Olimpik.

Copa America Centenario, yang menandakan 100 tahun kejohanan Amerika Selatan, akan diadakan di 10 bandar raya di Amerika Syarikat dari 3 hingga 26 Jun. Brazil berada dalam Kumpulan B berdepan Peru, Haiti dan Ecuador. Untuk kejohanan itu, Brazil akan menurun barisan penjaga gol yang terdiri daripada Alisson (Internacional), Marcelo Grohe (Gremio) dan Diego Alves (Valencia).

Dunga semasa mengadakan sidang media untuk mengumumkan skuad Brazil di Rio de Janeiro, 3 Mac lalu. – AFP
Dunga semasa mengadakan sidang media untuk mengumumkan skuad Brazil di Rio de Janeiro, 3 Mac lalu. – AFP

David Luiz (Paris SG), Miranda (Inter Milan), Marquinhos (Paris SG), Gil (Shandong Luneng), Danilo (Real Madrid), Daniel Alves (Barcelona), Fillipe Luis (Atletico de Madrid) dan Alex Sandro (Juventus) pula menggalas di bahagian pertahanan.

Untuk midfield, Dunga memilih Luiz Gustavo (Wolfsburg), Fernandinho (Manchester City), Renato Augusto (Beijing Guoan), Philippe Coutinho (Liverpool), Oscar (Chelsea), Lucas Lima (Santos), Willian (Chelsea), Kaka (Orlando City) dan Douglas Costa (Bayern Munich)

Neymar (Barcelona), Hulk (Zenit) dan Ricardo Oliveira (Santos) pula menggalas tugas pada bahagian serangan.