Olimpik Khas di Los Angeles

Olimpik Khas di Los Angeles

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Sukan Musim Panas Olimpik Khas 2015 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat bermula 25 Julai lalu hingga 2 Ogos nanti telah menyaksikan peserta larian 200 meter Negara Brunei Darussalam, Mickelly Helmie, mencatatkan 26.22 saat untuk meraih pingat gangsa.

Mickelly yang berjaya meraih pingat pertama untuk negara dalam Sukan Olimpik disertai 10 lagi atlet yang beraksi dalam sukan Bocce, golf dan olahraga dan diketuai oleh Presiden Olimpik Khas Brunei Darussalam, Haji Mahrub bin Haji Murni.

Mickelly yang bergandingan dengan Nadihie, Razali dan Sahkinah berentap dalam acara lari berganti-ganti 4x100m dan selesai dengan masa 52.83saat untuk menduduk tempat keenam.

Untuk acara golf, Ahmad Zharfan mencatat 75 gross, menewaskan peserta dari Amerika Syarikat dan Finland sekali gus memperbaiki pencapaiannya dengan 87 pukulan sebelum ini.

Kontinjen SOBD dan SOINA merakam kenangan semasa Sukan Olimpik.
Kontinjen SOBD dan SOINA merakam kenangan semasa Sukan Olimpik.
Mickelly berentap bersama peserta lain dalam acara 200 meter.
Mickelly berentap bersama peserta lain dalam acara 200 meter.
Para peserta di podium selepas menyertai acara larian.
Para peserta di podium selepas menyertai acara larian.
Mickelly berjaya meraih pingat gangsa untuk acara 200m Sukan Olimpik di Los Angeles.
Mickelly berjaya meraih pingat gangsa untuk acara 200m Sukan Olimpik di Los Angeles.
Mimi bersama pingat emas.
Mimi bersama pingat emas.
Mimi bersama seorang pegawai dan Dr. Fathi.
Mimi bersama seorang pegawai dan Dr. Fathi.
Sahkinah menerima riben selepas selesai di tempat kelapan.
Sahkinah menerima riben selepas selesai di tempat kelapan.

pg20_150801_h

Pada Selasa lalu, Rafie mengungguli tempat teratas dalam divisyennya untuk acara bola lisut dengan pencapaian sejauh 27.80 meter. Beliau juga antara atlet yang menyertai larian 200 meter dan selesai di tempat kelima.

Atlet istimewa yang mewakili negara ke temasya sukan itu ialah Muhammad Aminurr Rafie bin Haji Abdul Rahim, Mickelly Helmie Anak Jonsen, Muhammad Razali bin Haji Maidin, Mohammad Nadihie bin Haji Abas, Dayang Nor Sahkinah binti Sikin, Dayang Siti Nornabilah binti Samrah, Dayang Nurul Mimi Silawati binti Muhammad Suhaimi, Dayang Siti Hazirah binti Zolkipli, Mohammad Samri bin Mahli, Dayang Siti Nursyazwani binti Haji Shamsudin dan Ahmad Zharfan bin Ahmadiah.

ARTIKEL YANG SAMA