Olimpik Rio akan jadi ‘hebat’

Olimpik Rio akan jadi ‘hebat’

RIO DE JANEIRO, 22 Dis (AFP) – Brazil mungkin tidak tahu siapa akan menjadi presiden dalam tempoh lapan bulan, dan atlet-atlet Olimpik tidak memiliki TV dalam bilik–bilik mereka kerana kemelesetan negara, tetapi Rio de Janeiro masih menjanjikan Sukan 2016 “yang hebat”.

Dengan belanjawan yang teruk kerana krisis ekonomi dan negara dimalukan dengan pembetungan yang tidak bersih dari Teluk Guanabara tempat Rio bagi regatta Olimpik kritikan semakin meningkat.

Penganjur-penganjur memilih untuk menekankan bahawa tugas untuk menghoskan Sukan Olimpik 5-21 Ogos dan 10,000 atlet dari 206 buah negara dilakukan tanpa penangguhan, dan pembaikan terhadap rangkaian pengangkutan awam Rio akan menjadi legasi selamanya.

Seorang penunggang basikal melintasi arca Olimpik di Rio menjelang sukan tersebut tahun depan. - Reuters
Seorang penunggang basikal melintasi arca Olimpik di Rio menjelang sukan tersebut tahun depan. – Reuters

“Rio hari ini sudah bersedia 80 peratus, pada April ia adalah 100 peratus, dan ketika Sukan tersebut, ia adalah 120 peratus,” jelas pengarah perhubungan bagi jawatankuasa penganjuran Rio 2016, Mario Andrada, dalam temu bual bersama AFP.

“Olimpik akan menjadi hebat,” jelasnya.

Dibiarkan saja harapan penganjur bahawa pergolakan politik di negara terbesar Amerika Selatan itu, dikuatkan lagi dengan ancaman pendakwaan bagi Presiden yang tidak popular, Dila Rousseff terhadap dakwaan menggunakan akaun umum, akan diselesaikan pada ketika itu.

ARTIKEL YANG SAMA