Olimpik Rio kurang bersedia

Olimpik Rio kurang bersedia

RIO DE JANEIRO, 25 Julai – Pembukaan rasmi Perkampungan Olimpik di Rio menimbulkan kekecohan apabila tandas didapati tersumbat dan terdapat kebocoran paip air dan gas. Keadaan itu menyebabkan kontinjen Australia menganggap kemudahan berkenaan tidak selamat dan belum siap.

Malah atlet Brazil sendiri yang sepatutnya masuk ke Perkampungan Olimpik di kompleks baharu dibina itu semalam, masih menginap di hotel sekitar Rio.

Bagaimanapun delegasi Britain berkata, walaupun terdapat masalah penyelenggaraan mereka akan tetap tinggal di Perkampungan Olimpik seperti dijadualkan.

Penganjur Olimpik Rio berkata, masalah berkenaan bukan perkara baru kepada Sukan Olimpik dan mereka berjanji tindakan akan diambil untuk menyelesaikannya.

Sukan Olimpik – yang pertama di adakan di Amerika Selatan – akan bermula 5 Ogos ini, kurang dua minggu dari sekarang.

Masalah di Perkampungan Sukan memberi satu lagi tamparan hebat buat Brazil selaku tuan rumah, yang kini bergelut memastikan semuanya berjalan lancar bagi peserta.

Sebelum ini Olimpik Rio dibelenggu jualan tiket yang kurang memberangsangkan, kehilangan minat masyarakat umum akibat kemerosotan ekonomi, kebimbangan terhadap virus Zika, dan peningkatan kadar jenayah.

Satu-satunya delegasi daripada kesemua 207 yang menyertai temasya sukan terbesar itu, Russia, mungkin tidak begitu kisah dengan masalah-masalah sampingan di Rio.

Ia berikutan keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk tidak mengenakan penggantungan menyeluruh ke atas atlet Russia selepas pendedahan kes doping di negara itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA