Olimpik Tokyo tingkat KDNK

Olimpik Tokyo tingkat KDNK

TOKYO, 28 Dis – Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo mungkin merangsang ekonomi sebanyak satu peratus dengan pembinaan dan pelancongan membantu menyemarakkan pertumbuhan, kata Bank Jepun (BoJ) hari ini.

Pelaburan dalam pembinaan yang berkaitan dengan Olimpik, termasuk sebuah stadium baru, akan berjumlah 10 trilion yen menjelang tahun 2020, dengan pembinaan mencecah kemuncak pada 2018, menurut satu laporan daripada bank pusat.

BoJ berkata jumlah pelawat asing ke negara dijangka mencecah 33 juta pada 2020, daripada 13.4 juta pada 2014.

Ia menganggarkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) di ekonomi nombor tiga dunia pada 2018 – berkaitan Olimpik – akan menerima rangsangan enam trilion yen, membawa kepada pertambahan satu peratus berbanding KDNK 2014.

Namun peningkatan itu akan berkurangan beransur-ansur, kata bank pusat, mengingatkan Jepun perlu mewujudkan permintaan baru supaya kesan ekonomi Olimpik boleh diteruskan selepas peristiwa berakhir.

Perdana Menteri Shinzo Abe, jurujual utama untuk kempen Olimpik Tokyo, telah berusaha untuk mengatasi deflasi dan memulihkan ekonomi sejak beliau menjadi perdana menteri tiga tahun lalu.

Tokyo menganjur Olimpik pertama di Asia pada 1964, apabila kerajaan melaksana projek pelaburan awam dan swasta.– AFP

ARTIKEL YANG SAMA