Olimpik Tokyo umum logo baru

Olimpik Tokyo umum logo baru

TOKYO, 25 April – Penganjur Sukan Olimpik 2020 Tokyo mengumumkan logo baru bagi temasya sukan bertaraf antarabangsa itu hari ini, setelah hampir lapan bulan selepas pilihan asal dibatalkan berikutan terbabit skandal ciptaan ciplak.

Rekaan baru itu dipilih daripada senarai pendek empat pereka yang didedahkan pada awal bulan ini, menampilkan warna indigo digunakan dalam rekaan tradisional Jepun yang berpetak-petak.

Di bawah rekaan itu ada tulisan “Tokyo 2020” dan di bawahnya mempunyai logo Olimpik.

Ketua Jawatankuasa Logo Tokyo 2020, Ryohei Miyata, dan legenda bola keranjang Jepun, Sadaharu Oh mengumumkan pemenang dalam sidang media di sini.

Rekaan Sukan Paralimpik juga diumumkan dan menampilkan sedikit perbezaan dengan logo Olimpik direka oleh orang yang sama. Rekaan itu juga di bawahnya ditulis “Sukan Paralimpik 2020 Tokyo” dengan logo Olimpik di bawahnya.

Ryohei Miyata dan Sadaharu Oh ketika mempamerkan logo baru tersebu. - AP
Ryohei Miyata dan Sadaharu Oh ketika mempamerkan logo baru tersebu. – AP

Pada September 2015, penganjur Tokyo terpaksa menukar rekaan Kenjiro Sano susulan dakwaan yang menyerupai teater di bandar Belgium, Liege oleh perekanya, Olivier Debie. – AFP