OM, Lyon layak ke fasa kalah mati

OM, Lyon layak ke fasa kalah mati

PARIS, 21 Jan – Marseille mara ke peringkat 16 terakhir Piala Perancis, awal pagi tadi hasil kemenangan 2-0 ke atas 16 Montpellier, ketika Lyon dan Monaco turut mara dengan kedua-duanya menewaskan kelab yang beraksi di divisyen lebih rendah.

Juara 10 kali, Marseille memperoleh gol pertama perlawanan di Stade Velodrome itu menerusi jaringan sendiri Montpellier, Ramy Bensebaini pada babak pertama sebelum Brice Dja Djedje melengkapkan jumlah jaringan pada minit ke-55.

Pada aksi lebih awal, Lyon menundukkan kelab divisyen tiga, Chambly 2-0 pada aksi yang berlangsung dalam cuaca sejuk dengan gol dijaringkan Maxwell Cornet dan Mathieu Valbuena pada babak pertama.

“Pada pertembungan piala, kamu perlu terus ke depan. Lupakan di dalam minda kamu mengenai bagaimana keadaan tempat kamu bermain, ia adalah persembahan yang baik,” kata jurulatih Lyon, Genesio.

Midfield Montpellier Bryan Dabo (kiri) bersaing dengan midfield Marseille Remy Cabella (kanan) pada pusingan 16 terakhir Piala Perancis di stadium Velodrome Marseille, kelmarin. - AFP
Midfield Montpellier Bryan Dabo (kiri) bersaing dengan midfield Marseille Remy Cabella (kanan) pada pusingan 16 terakhir Piala Perancis di stadium Velodrome Marseille, kelmarin. – AFP

“Kami berjaya menjaringkan gol dengan pantas dan ia penting untuk kejohanan seperti ini. Kami tahun perlawanan seperti ini boleh menjadi perangkap dan kami mahu memuji sikap kesemua pemain.”

Di Annecy, Monaco memerlukan tambahan masa untuk menyingkirkan kelab divisyen dua, Evian sebelum menang dengan keputusan 3-1.

Jaringan Lacina Traore sebelum babak pertama berakhir meletakkan Monaco di depan namun tuan rumah bangkit menerusi Morgan Kamin yang memaksa tambahan masa dijalankan.

Begitupun, Monaco membuktikan mereka lebih layak mara ke peringkat seterusnya menerusi jaringan Mario Pasalic (103) dan Helder Costa (119). – AFP