OM, PSG final Piala Perancis

OM, PSG final Piala Perancis

PARIS, 21 April – Marseille yang diselubungi krisis menewaskan pasukan divisyen dua Sochaux 1-0 semalam untuk membuat temu janji final Piala Perancis menentang Paris Saint-Germain, sehari selepas jurulatih Michel disingkirkan.

Pasukan kelompok atas yang bergelut itu hambar dalam kebanyakan permainan mereka, tetapi Florian Thauvin menjaringkan gol tunggal sejurus selepas separuh masa pertama.

Ia adalah perlawanan pertama pengurus sementara OM, Franck Passi, selepas dia juga dimasukkan awal musim ini dalam pemecatan mengejut Marcelo Bielsa.

Dia memberikan permulaan kedua musim ini terhadap pemain midfield yang dilanda kecederaan, Abou Diaby dan rakannya Steven Fletcher dengan Michy Batshuayi di bahagian serangan, tetapi Marseille terjejas pada 45 minit pembukaan perlawanan. Sochaux menggunakan keyakinan dalam persaingan piala yang menyaksikan mereka mengecewakan Bastia, Nantes dan Monaco, untuk meletakkan lima perlawanan tanpa kalah berturut-turut dan keluar dari bahaya penyingkiran ke divisyen tiga.

Pada separuh masa pertama tuan rumah hanya mendapatkan satu-satunya peluang, tetapi selepas Benjamin Mendy mengeluarkan bola, Florian Martin melepaskan ledakan yang tersasar.

Marseille bangkit selepas rehat dalam rentak yang lebih baik dan mendahului apabila pemain sayap, Thauvin, yang dalam pinjaman dari Newcastle United, mendapatkan hantaran dari Fletcher, sebelum menewaskan pesaingnya dan menyudahkan jaringan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA