Oman galak kediaman guna tenaga solar

Oman galak kediaman guna tenaga solar

MUSCAT, 28 Mac (Reuters) – Oman akan menggalakkan setiap kediaman untuk menjana tenaga elektrik dengan panel solar dan menyalurkannya kepada grid nasional, kata pengarah eksekutif Pihak Berkuasa Peraturan Elektrik, Qais al-Zakwani, hari ini.

Dasar itu boleh meletakkan Oman dalam barisan hadapan negara-negara Timur Tengah yang mempromosi penggunaan meluas tenaga solar.

Kewangannya mengalami gangguan teruk oleh harga minyak rendah, disebabkan itu kerajaan Oman mencari jalan untuk menjimatkan wang, termasuk pemotongan dalam subsidi elektrik bagi pengguna komersial dan industri.

Zakwani memberitahu Reuters pihak berkuasa berhasrat untuk mengoperasi mekanisme itu menjelang pertengahan tahun bagi kediaman untuk menjana tenaga menggunakan panel bumbung solar, dan membekalkan tenaga kepada grid sebagai pertukaran bagi pemotongan tarif elektrik mereka.

Zakwani mengatakan program baru itu pada permulaannya akan menumpukan ke atas unit-unit kediaman namun akan dilanjutkan kepada entiti komersial; “Kami berusaha mengagihkan janaan kuasa.”