Oman peruntuk AS$25b defisit belanjawan

Oman peruntuk AS$25b defisit belanjawan

MUSCAT, 19 Jun (AFP) – Oman telah mengumpul AS$2.5 bilion dalam penjualan bon yang diatur oleh lima bank antarabangsa untuk membantu memenuhi defisit belanjawan akibat harga minyak yang rendah, kata kementerian kewangan semalam.

Kementerian, dipetik oleh Agensi Berita Oman, berkata penerbitan bon antarabangsa pertama negara dalam dua dekad dilanggan berlebihan hampir tiga kali ganda.

Negara Teluk itu menjual AS$1 bilion dalam bon yang matang dalam lima tahun pada kadar faedah 3.625 peratus dan terbitan 10-tahun bernilai AS$1.5 bilion pada 4.75 peratus, katanya dalam satu kenyataan.

Oman meramalkan defisit belanjawan sebanyak AS$8.6 bilion pada tahun ini setelah mencatat kekurangan sebanyak AS$11.7 bilion pada 2015.

Negara kesultanan itu telah melaksana langkah-langkah untuk memotong perbelanjaan dan menambah pendapatan yang termasuk pengurangan subsidi ke atas minyak dan elektrik.

Pengeluar bukan OPEC, Oman sedang mengepam kira-kira 1 juta tong sehari. Negara Teluk yang bergantung pada minyak, termasuk jetua OPEC Arab Saudi, telah terjejas teruk oleh krisis wang tunai disebabkan kemerosotan sebanyak 60 peratus dalam harga minyak dalam tempoh dua tahun lalu.