Ombak sungai ragut jiwa 5 pendaki Taiwan

Ombak sungai ragut jiwa 5 pendaki Taiwan

TAIPEI, 6 Jun – Limpahan sungai mendadak yang dicetuskan oleh hujan lebat mengakibatkan lima maut di Taiwan selepas mereka dihanyutkan ketika menuruni ngarai sungai, menurut para pegawai hari ini.

Rakaman dramatik dari media tempatan menunjukkan ombak besar membadai Sungai Beishi di Bandar New Taipei tempat rombongan 24 orang yang menyertai perjalanan syarikat sedang mendaki bukit kelmarin, meskipun amaran rasmi mengenai hujan lebat.

Mendaki di sepanjang ngarai sungai, dikenali sebagai jejak sungai, semakin popular di Taiwan, dengan para peserta meredah dan mendaki menerusi air itu.

Enam wanita daripada kumpulan itu telah dihanyutkan oleh ombak namun seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sempat berpaut pada kayu hanyut dan kemudian berjaya merangkak ke tempat selamat.

Sementara mayat remaja perempuan berusia 13 tahun ditemui hari ini – mayat ibunya dan dua orang dewasa lagi telah ditarik keluar dari sungai itu pada Ahad, menurut jabatan bomba Bandar New Taipei.

Seorang anggota jabatan bomba memeriksa Ho Yu-chieh, mangsa terselamat selepas ombak menghanyutkan sekumpulan pendaki di Taiwan. – Agensi
Seorang anggota jabatan bomba memeriksa Ho Yu-chieh, mangsa terselamat selepas ombak menghanyutkan sekumpulan pendaki di Taiwan. – Agensi

Rakaman dari laman web Apple Daily menunjukkan para pekerja menyelamat menarik keluar seorang wanita dari air itu dan cuba untuk menyedarkannya semula, namun gagal. Para penyelamat juga telah menemui mayat seorang wanita berusia 44 tahun, merupakan jurulatih bagi aktiviti itu, menurutnya lewat hari ini.

Remaja yang terselamat, Ho Yu-chieh, mendaki batu dan menunggu air surut sebelum berjalan ke rumah berhampiran untuk meminta bantuan, kata ibunya Liao Li-hsiang memberitahu para wartawan.

“Hari sudah gelap jadi dia duduk di atas batu sehingga air surut…dia adalah seorang budak yang tenang. Dia menunggu sehingga air surut, oleh itu dia boleh pergi ke darat…dan berjalan mencari bantuan apabila hari hampir subuh.”

Jabatan Bomba pada awalnya mengenal pasti ibunya sebagai Chen Li-hsiang namun kemudian membetulkannya semula. Taiwan telah dilanda hujan lebat beberapa minggu lalu sehingga mencetuskan banjir yang sebahagiannya menutup Lapangan Terbang Taoyuan berhampiran Taipei. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA