One Team muncul juara

One Team muncul juara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – One Team berjaya menewaskan Santana Junior (SJ) FT dengan jaringan 3-1 pada perlawanan akhir untuk merangkul kejuaraan Kejohanan Mini 5-Sebelah 2015.

Pada kejohanan di Padang Bola Sepak Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak kelmarin, 100 Plus memastikan tempat ketiga menjadi miliknya apabila menewaskan Qahar FT dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Sejumlah 14 buah pasukan yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan telah menyertai kejohanan berkenaan. Kumpulan A dan C masing-masing mengandungi lima pasukan manakala Kumpulan B empat pasukan saja. Hanya tiga pasukan teratas Kumpulan A dan C mara ke suku akhir manakala hanya dua pasukan teratas Kumpulan B yang layak.

Juara.. One Team (kelabu) dan naib juara, Santana Junior FT (kuning).
Juara.. One Team (kelabu) dan naib juara, Santana Junior FT (kuning).

Suku akhir pertama menyaksikan 100 Plus menang 2-1 ke atas Mix Triple FT, disusuli dengan keputusan seri 1-1 antara B-Muda FT dengan Qahar FT tetapi Qahar FT yang mara ke separuh akhir menerusi kemenangan 3-1 dalam sepakan penalti penentuan.

Suku akhir ketiga pula menyaksikan One Team menang tipis 2-1 ke atas Eagle 133, dan kemudiannya SJ FT menyusul mara ke separuh akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Rostris FT.

Dalam aksi separuh akhir, One Team berjaya menewaskan 100 Plus dengan jaringan 3-1, sementara SJ FT terikat 1-1 dengan Qahar FT sebelum menang 2-0 dalam sepakan penalti penentuan.