O’Neill: Penjualan tiket tidak adil

O’Neill: Penjualan tiket tidak adil

UEFA-Euro-2016-Logo

LYON, 26 Jun (AFP) – Martin O’Neill menyelar penganjur Euro 2016 kerana hanya memperuntukkan 4,500 tiket kepada pasukannya Republik Ireland bagi perlawanan penting menentang Perancis, malam ini.

Gelanggang Stade de Lyon yang mempunyai kapasiti 58,000 dijangka dipenuhi peminat tuan rumah bagi pertembungan peringkat 16 terakhir itu.

Pegawai Persatuan Bola Sepak Ireland berkata mereka sudah melakukan bantahan selepas pasukan itu sebelum ini hanya diberikan 3,500 tiket berbanding 25,000 tiket ketika aksi menentang Itali, Rabu lalu.

“Peruntukan tiket adalah sesuatu yang saya tidak gemari,” kata O’Neill.

“Ia sama sekali tidak seimbang untuk stadium sebesar dan semegah ini. Bagi kami, atau sebarang pasukan yang akan bermain di peringkat 16 terakhir di sini, untuk memperuntukkan kurang 5,000 tiket adalah saya fikir sejujurnya, jelas tidak hadir.

“Saya yakin ada sesetengah daripada mereka bersetuju mengenainya. Ia jelas tidak seimbang, dan bukan saya kepada kami, kepada semua pasukan juga.

“Tidak sepatutnya ada peruntukan tertentu buat pasukan yang berada di sana. Perancis mempunyai peluang itu, melangkah ke sana tiga hari lebih awal sebelum kami, jadi saya pasti ia akan berat sebelah dalam kesemua aspek,” katanya.

Perancis adalah pasukan pertama yang mengesahkan tempat ke peringkat 16 terakhir manakala Republik Ireland antara yang terakhir.

“Ia bergantung kepada kami ketika ini, kami hanya perlu mengharunginya,” kata O’Neill.