O’Neill: Waktu rehat Perancis lebih lama

O’Neill: Waktu rehat Perancis lebih lama

LYON, 27 Jun (AFP) – Pengendali Republik Ireland, Martin O’Neill memberikan alasan bahawa pasukan Perancis memiliki tempoh rehat lebih panjang untuk persiapan perlawanan pusingan kedua yang menyaksikan pasukannya tewas 1-2.

Tuan rumah yang bangkit daripada ketinggalan, berehat seminggu selepas terikat tanpa jaringan dengan Switzerland pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, manakala Ireland memiliki rehat kurang tiga hari selepas menewaskan Itali.

“Tiga hari adalah tempoh yang luar biasa dan sudah pasti memberi kelebihan kepada pasukan lain,” katanya.

“Memang kami sudah menyedarinya sebelum ini, tetapi kami pasti kekurangan dari aspek itu. Perancis adalah pasukan yang benar-benar bagus dan selamat berjaya kepada mereka dalam kejohanan ini.”

Pengendali Republik Ireland, Martin O’Neil hanya mampu membawa pasukannya sehingga pusingan 16 terakhir Euro 2016. - AFP
Pengendali Republik Ireland, Martin O’Neil hanya mampu membawa pasukannya sehingga pusingan 16 terakhir Euro 2016. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Ireland mensia-siakan kelebihan satu gol mereka apabila Antoine Griezmann meledak dua gol dalam tempoh empat minit di babak kedua untuk membawa Perancis ke suku akhir dan akan menentang pemenang perlawanan antara England dan Iceland, awal pagi esok.

“Jika kami dapat bertahan dalam tempoh enam atau tujuh minit, kami mungkin boleh menggunakannya sebagai kelebihan dengan Perancis pasti sedikit panik,” kata O’Neill pada sidang akhbar.

“Pemain tidak dapat melakukan apa-apa lagi dalam permainan. Mereka tidak putus asa dan saya amat berbangga dengan mereka.”

ARTIKEL YANG SAMA