OnePlus 3T lebih berkuasa

OnePlus 3T lebih berkuasa

DILANCARKAN minggu lalu, OnePlus 3T merupakan versi dipertingkat OnePlus 3, dengan SoC lebih pantas, storan lebih besar, kamera depan lebih baik dan bateri lebih tahan lama.

Melihat perbezaan di antara OnePlus 3T dan OnePlus 3, se-perti yang telah disebutkan, varian baru berkenaan menonjolkan SoC Qualcomm Snapdragon 821 (dua teras berkelajuan 1.6GHz dan dua pada 2.35GHz) yang lebih pantas berbanding SoC Snapdragon 820 pada model asal.

Ia juga didatangkan dalam model storan dalaman 64GB dan 128GB, berbanding hanya model 64GB bagi OnePlus 3.

Bagi kamera, OnePlus telah menggandakan resolusi kamera depan daripada 8MP (OnePlus 3) kepada 16MP (OnePlus 3T), malah menukar sensor-sensornya daripada Sony IMX179 dengan 1.4-mikron piksel kepada Samsung 3P8SP dengan 1-mikron piksel. Ia juga menonjolkan autofokus PDAF berbanding hanya tetapan fokus kekal.

OnePlus 3T mengetengahkan SoC, storan, kamera dan bateri yang dipertingkat berbanding OnePlus 3.
OnePlus 3T mengetengahkan SoC, storan, kamera dan bateri yang dipertingkat berbanding OnePlus 3.

Daripada segi baterinya pula, OnePlus 3T dilengkapi dengan bateri 3400mAh yang lebih besar berbanding bateri 3000mAh pada OnePlus 3, dan ia juga menyokong teknologi pengecasan pantas Dash Charge (5V 4A).

Selain daripada perbezaan-perbezaan ini, spesifikasi lain kedua-duanya adalah serupa, dengan reka bentuk unibody metal aluminium, sensor cap jari pada punat utama dan Alert Slider kecuali perkakasan kapasitif. Ia juga didatangkan dengan port USB 2.0 Type-C dan jek fon kepala yang sama.

Ciri-ciri lain termasuk paparan Optic AMOLED HD-penuh (1080×1920 piksel) dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 4, sementara itu, pemprosesnya dipadankan dengan RAM LPDDR4 6GB.

Pilihan sambungan pada peranti ini termasuk 4G LTE, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 4.2, NFC dan GPS/ A-GPS. Ia juga mempunyai dimensi dan berat yang sama dengan OnePlus 3 pada 152.7×74.7×7.35mm dan 158g.