Op Samseng keluarkan 23 saman

Op Samseng keluarkan 23 saman

KOTA KINABALU, 19 Julai – Sebanyak 23 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Pasir, Likas di sini malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata sebanyak 51 buah motosikal diperiksa dalam operasi yang bermula pada 11.30 malam hingga 4 pagi itu.

“Daripada jumlah itu, 26 buah motosikal disita dan dibawa ke balai trafik atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra juga berkata polis turut menahan seorang lelaki kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen, katanya. – Bernama