OPCW temui kesan gas sarin

OPCW temui kesan gas sarin

THE HAGUE, 6 Jan (Reuters) – Hasil siasatan kumpulan pemerhati Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) mendapati sebahagian penduduk di Syria mungkin menjadi mangsa serangan gas sarin, menurut laporan dikeluarkan, kelmarin.

Keputusan siasatan ke atas 11 insiden serangan senjata kimia itu turut diserahkan kepada Majlis Keselamatan PBB, minggu lalu.

Bagaimanapun, laporan tersebut tidak menyatakan kesemua lokasi terbabit secara spesifik.

“Hasil ujian ke atas sampel darah beberapa individu menunjukkan ia tercemar dengan bahan kimia seperti gas sarin. Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengesahkan perkara itu,” jelas laporan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA