OPEC kekal pengeluaran minyak

OPEC kekal pengeluaran minyak

VIENNA, 4 Dis (AFP) – OPEC kelihatannya mengikut haluannya untuk mengekalkan pengeluaran minyak pada masa ini pada mesyuarat hari ini daripada sebaliknya untuk memotong pengeluaran bagi mengangkat harga minyak yang semakin merosot.

Meskipun harga minyak merosot sebanyak lebih 60 peratus dalam 18 bulan, ketua OPEC Arab Saudi dan negara anggota Teluk kartel lain tidak menghiraukan gesaan untuk mengurangkan pengeluaran – dalam strategi setahun yang berusaha memelihara saham pasaran dan menangkis persaingan daripada negara bukan OPEC dan pengeluar terkenal dunia Rusia dan Amerika Syarikat.

Arab Saudi hari ini mengulang pendirian kerajaan itu yang ia bersedia untuk memotongnya jika negara bukan OPEC juga mengurangkan pengeluarannya.

“Kami telah mengatakannya lebih daripada satu majlis yang kami bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa yang akan membantu mengimbangi pasaran….bersama kami,” kata menteri minyak Saudi, Ali al-Naimi memberitahu para wartawan yang berkumpul di ibu pejabat OPEC di Vienna.

Namun negara OPEC yang lebih miskin, terutama Venezuela, Ecuador dan Algeria – mengetuai gesaan bagi satu pengurangan untuk membantu merangsang harga.

Ali al-Naimi (kanan) dikelilingi oleh para wartawan ketika beliau menghadiri mesyuarat ke-168 bagi Persidangan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) di ibu pejabat OPEC, Vienna. – AFP
Ali al-Naimi (kanan) dikelilingi oleh para wartawan ketika beliau menghadiri mesyuarat ke-168 bagi Persidangan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) di ibu pejabat OPEC, Vienna. – AFP

“Semua orang bimbang tentang….harga tersebut, tiada yang gembira,” kata menteri minyak Iraq, Adil Abd Al-Mahdi.

Menteri Minyak Iran, Bijan Zanganeh memberitahu wartawan hari ini yang dia tidak “menjangkakan OPEC akan melakukan sesuatu’ berkaitan pengurangan.

Bagi pihaknya, Iran telah menunjukkan yang ia tidak akan mengambil bahagian dalam mana-mana pemotongan meluas kartel sehingga pengeluarannya sendiri kembali pulih pada tahap selepas sekatan.

Pasaran menjangka Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum, yang berpuluh anggotanya bersama mengeluarkan kira-kira satu pertiga daripada minyak dunia, supaya meninggalkan had maksimum pengeluaran minyak hariannya pada 30 juta tong, walaupun ia mungkin meningkatkannya untuk mencerminkan pengembalian Indonesia ke kartel itu selepas ketidak-hadirannya selama enam tahun.

Menurut satu tinjauan oleh Bloomberg, pengeluaran OPEC pada November meningkat kepada 32.1 juta tong sehari.

Iran berkata semalam ia tidak akan tunduk kepada tekanan yang mana ia mengelak untuk menambah pengeluarannya ekoran pembatalan sekatan yang telah dikenakan disebabkan program nuklear yang dipertikaikan.

Meskipun begitu, ia berlaku ketika pertumbuhan meleset dalam permintaan minyak global, sebahagiannya disebabkan keluaran ekonomi yang lebih lemah di China, pengguna minyak terbesar di dunia.