OPEC tolak tekanan tanggung kos minyak

OPEC tolak tekanan tanggung kos minyak

BANDAR KUWAIT, 29 Nov (AFP) – Negara-negara anggota OPEC Teluk yang diketuai Saudi akan menolak tekanan untuk menanggung kos pengurangan penghasilan minyak di sebalik amaran bahawa harga-harga berisiko seterusnya jatuh lagi, menurut para pegawai dan para penganalisis.

Arab Saudi, Kuwait,Emiriah Arab Bersatu dan Qatar, yang menghasilkan lebih separuh dari 32 juta tong minyak OPEC bagi penghasilan harian, mahu komitmen kukuh dari semua pengeluar lain terutamanya anggota bukan OPEC, Rusia, untuk bersetuju dengan pengurangan pengeluaran keseluruhannya.

“Negara-negara Teluk tidak akan mengambil langkah sehala pengurangan penghasilan. Mereka perlukan kerjasama kukuh dari pengeluar lain, terutamanya dari Rusia, untuk mengurangkan,” penganalisis minyak Kuwait, Kamel al-Harami memberitahu AFP. Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroleum akan mengadakan rundingan penting pada 4 Disember untuk mengkaji harga-harga, yang telah jatuh kira-kira 60 peratus sejak pertengahan 2014.

pg18_151130_b

Rundingan tidak formal yang akan dihadiri oleh beberapa negara pengeluar bukan OPEC akan diadakan pada hari sebelumnya.

“Pengeluar-pengeluar Teluk tidak ke arah perubahan dasar mereka yang mempertahankan saham pasaran daripada harga di sebalik kerugian besar pendapatan,” kata ahli ekonomi Saudi, Abdulwahab Abu-Dahesh.

Seorang pegawai kanan minyak Teluk berkata tidak ada yang berubah untuk mengubah dasar minyak negara-negara Teluk.

ARTIKEL YANG SAMA