Opelka buat kejutan

Opelka buat kejutan

ATLANTA, 4 Ogos – Reilly Opelka menyelamatkan dua mata penamat dalam laluan untuk mengecewakan pilihan ketiga, Kevin Anderson 6-7 (5/7), 6-3, 7-5 dan mara ke suku akhir Terbuka Atlanta dalam Jelajah ATP.

Opelka dengan berbadan tinggi 2.11 meter (6 kaki 11), yang sekarang adalah rangking 556 dunia, mencatatkan kemenangan pertamanya ke atas pesaing 30 ATP.

Pemain dari AS itu, 18, dua kali menghadapi mata penamat dengan servis kencang pemain dari Afrika Selatan pada kedudukan 5-4 set ketiga. Dia keluar dari masalah itu dan terus memenangi tiga permainan terakhir.

Opelka mencatatkan 20 aces dan enam double fault menentang Anderson rangking ke 28, yang menamatkan 14 aces dan 14 double fault.

Aksi Reilly Opelka semasa Terbuka Atlanta di Atlantic Station di Atlanta, Georgia Rabu lalu. – AFP
Aksi Reilly Opelka semasa Terbuka Atlanta di Atlantic Station di Atlanta, Georgia Rabu lalu. – AFP

Opelka menerima kemasukan wild-card dalam pertandingan Atlanta. Juara junior Wimbledon 2015 itu seterusnya menghadapi pilihan ketujuh, Donald Young, yang menewaskan Tim Smyczek 4-6, 7-6 (7/1), 6-3.

Young mengekori 3-0 pada set kedua sebelum mengawal permainan. Pilihan utama, John Isner mara ke suku akhir dengan kemenangan 6-4 6-0 ke atas Adrian Mannarino dari Perancis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA