Operasi banteras rasuah di ESSZONE

Operasi banteras rasuah di ESSZONE

PITAS, 30 Jun (Bernama) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras masalah integriti dalam kalangan kakitangan awam khusus yang bertugas di bahagian penguatkuasaan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Timbalan Pengarah Perisikan ESSCOM, ACP Hashim Justin berkata pihaknya memandang serius masalah itu dan bertekad untuk membersihkan jentera awam bahagian penguatkuasaan di ESSZONE daripada masalah integriti.

“ESSCOM kini berdepan dua ancaman keselamatan iaitu ancaman yang datang dari luar dan ancaman dari dalam.