Operasi berjalan lancar, tiada jenayah dilaporkan

Operasi berjalan lancar, tiada jenayah dilaporkan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 20 Mei – Operasi Pencegahan Jenayah diteruskan lagi dengan membuat rondaan berjalan kaki di sekitar kawasan STKRJ Lorong Tiga di sini, baru-baru ini.

Operasi tersebut yang melibatkan penyertaan anggota Balai Polis Seria dan ahli pengawasan kejiranan kampung berkenaan telah diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Seria, P/ASP Mohd Zulhelmi Azmi bin Dato Paduka Haji Abd Aziz.

Turut menyertai operasi ialah Ketua Kampung STKRJ Lorong Tiga Seria, Haji Saidin bin Haji Ibrahim.

Rondaan yang dijalankan kira-kira tiga jam bermula jam 9 malam, turut melibatkan pemeriksaan menggunakan kenderaan di kawasan Berek Kerajaan Lorong Tiga Seria.

Bagaimanapun tiada sebarang aktiviti berkaitan jenayah didapati sepanjang operasi tersebut.

Antara yang terlibat dalam operasi cegah jenayah di sekitar kawasan STKRJ Lorong Tiga Seria baru-baru ini.
Antara yang terlibat dalam operasi cegah jenayah di sekitar kawasan STKRJ Lorong Tiga Seria baru-baru ini.
Antara yang terlibat dalam operasi di kawasan RPN Kampung Panaga.
Antara yang terlibat dalam operasi di kawasan RPN Kampung Panaga.

Sementara itu operasi yang sama telah dilakukan secara berasingan pada malam Sabtu lalu, dilakukan oleh ahli Balai Polis Seria bersama dengan ahli Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga Seria.

Operasi yang diadakan secara berjalan kaki dan menggunakan kenderaan itu diketuai oleh Bahagian Perhubungan Pengawasan Kejiranan, Balai Polis Seria, Sarjan Zamri bin Haji Buang disertai sama Timbalan Pengerusi Pengawasan Kejiranan kampung tersebut, Awang Zaleha bin Haji Lahap.

Manakala operasi di kawasan RPN Kampung Pandan B telah disertai seramai 15 orang antaranya anggota Polis Balai Polis Belait dan ahli pengawasan kejiranan kampung berkenaan.

Operasi diketuai Pegawai Penguasa Balai Polis Kuala Belait, ASP Wan Firdaus bin Haji Mohd Aminuddin, disertai sama Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Kuala Belait P/ASP Muhd Wafi bin Zakaria.

Rondaan yang dilakukan secara berjalan kaki dan menggunakan kenderaan di sekitar kawasan RPN Kampung Pandan B, tiada menemukan sebarang kegiatan jenayah sepanjang kedua-dua operasi itu diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA