Operasi buru gerila pemisah

Operasi buru gerila pemisah

GUWAHATI, India, 5 Jun (Reuters) – Tentera India melancarkan satu operasi di timur laut negeri Manipur hari ini untuk memburu gerila pemisah puak yang membunuh sekurang-kurangnya 20 askar dalam serangan paling teruk ke atas anggota keselamatan di negeri tersebut dalam lebih daripada dua dekad.

Operasi membabitkan beratus-ratus anggota tentera darat dengan sokongan helikopter di hutan pergunungan terpencil berhampiran dengan sempadan Myanmar, di mana pemberontak menuntut autonomi untuk kumpulan puak mereka atau kemerdekaan, beritahu pegawai tentera dan perisik kepada Reuters.

Kerajaan pusat meminta tentera supaya “menjejaki dan menghapus pemberontak” yang terbabit dalam serangan, kata seorang komander tentera, meminta namanya tidak disiarkan disebabkan beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Seperti di kawasan terpencil di timur laut India, Manipur telah menjadi tempat berlakunya persengketaan di antara kumpulan etnik dan agama sejak mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan Britain pada 1947.

gambar dirakam pada 4 Jun 2015 menunjukkan anggota pasukan keselamatan India membuat kawalan di kawasan bangkai kenderaan konvoi tentera yang diserang hendap di daerah Chandel, 120km dari Imphal, ibu negeri Manipur. – AFP
gambar dirakam pada 4 Jun 2015 menunjukkan anggota pasukan keselamatan India membuat kawalan di kawasan bangkai kenderaan konvoi tentera yang diserang hendap di daerah Chandel, 120km dari Imphal, ibu negeri Manipur. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA