Operasi cegah jenayah di Kg. Sg. Liang

Operasi cegah jenayah di Kg. Sg. Liang

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 29 Feb – Dua anggota Balai Polis Sungai Liang bersama dua ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Sungai Liang, malam tadi, telah menjalankan Operasi Pencegahan Jenayah di kawasan kampung berkenaan.

Operasi telah diketuai Pegawai Penguasa Balai Polis Sungai Liang Inspektor Mohd Sofian bin Haji Kifli dan turut disertai Pemangku Ketua Kampung Sungai Liang Haji Ibrahim bin Datu Maharaja Setia Dian.

Rondaan menggunakan kenderaan dijalankan di sekitar kawasan Gerai Aneka, kawasan Perumahan Lumut hingga ke kawasan Kampung Sungai Kayu Ara.

Bagaimanapun operasi yang bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi itu tidak menemui sebarang kesalahan jenayah.

Antara yang menyertai Operasi Pencegahan Jenayah Sungai Liang.
Antara yang menyertai Operasi Pencegahan Jenayah Sungai Liang.

ARTIKEL YANG SAMA